MENGAJAR ANAK DARI KECIL..
Thursday, 10 May 2012
Mengenggam Al Quran Dari Bayi
Subhanallah...Adik Darwish ......sangat hebat....Tahniah buat ibu bapa Darwish.......asuhan dan didikan yang sangat baik dan patut dicontohi semua ibu bapa Islam.
MENGAJAR ANAK DARI KECIL..
MENGAJAR ANAK DARI KECIL..
| Reactions: |
Wednesday, 9 May 2012
“Mengapa Yahudi Bijak?”
"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"
Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi
Ini adalah hasil tulisan seorang Doktor Inggeris.Thesis Dr. Stephen Carr Leon yang berjudul “Why the Jews so smart” yang memakan waktu hampir lapan tahun, kerana perlu mengumpulkan data-data yang setepat mungkin, patut untuk menjadi renungan bersama.
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani latihan amali perubatan di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau diri manusia itu sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Mark Zuckerberg pengasas Facebook juga keturunan Yahudi. Semasa di Harvard, Mark Zuckerberg bergabung dengan Alpha Epsilon Pi, sebuah organisasi persaudaraan Yahudi
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “YA, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun terkebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institusi pengajian tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk sujud, ini dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell , Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Rahsia bagaimana membentuk anak pintar diterangkan di dalam ebook RAHSIA ANAK PINTAR merangkumi hasil kajian dari Barat dan rahsia-rahsia Ilmuan Islam lampau.
Klik link di bawah untuk keterangan lanjut.
[ Nak Anak Pintar ]
| Reactions: |
Friday, 4 May 2012
JANGAN LUPA NAMAKU-POMPA BENSIN
ADA APA PADA NAMA...
JANGAN LUPA NAMAKU YA.....
heee...kali ni kita dengarkan lagu dari Pompa Bensin-Jangan Lupa Namaku...
Sebelum tu kita tinjau bait-bait lirik lagu ini....
nahh....sekarang dengarkan ya......
DAH DENGAR KAN....OK JANGAN LUPA NAMAKU YA...
SUDILAH KIRANYA LIKE VIDEO NI.....
TERIMA KASIH
| Reactions: |
Thursday, 19 April 2012
JOM BUAT CUPCAKE
OK NAK PROMOSI SIKIT....
KALAU NAK... BELI.....KALAU TAK NAK....TENGOK JER..

Tahukah Anda Kebanyakan Perniagaan Cupcake Di Rumah Sangat Lumayan?
Kenapa ya? Sudah tentu.
1. Anda tidak perlu membayar sewa kedai.
2. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
3. Anda tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
4. Dengan Internet, anda boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
5. Setiap bulan pasti ada orang yang melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan.
Ini adalah antara sebab perniagaan cupcake sangat lumayan. Dan sesiapa sahaja boleh melakukannya walaupun tanpa pengalama perniagaan.
Anda tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia
langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.
Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah
-----------------------------------

Puan Shida merupakan seorang usahawan surirumah. Dengan bermula secara kecil kecilan,
perniagaan beliau kini mula dikenali di sekitar
Kuala Kangsar dan seluruh Malaysia.
Beliau mendedahkan bagaimanakah untuk memulakan
bisnes Cupcake dari rumah berdasarkan pengalaman beliau.
Beliau menjana pandapatan sehingga 4 ANGKA menerusi perniagaan cupcake dari rumah ini.
Anda boleh mendapatkan CD Panduan ini menerusi
LAMAN WEB INI
Ia boleh mempercepatkan proses pembelajaran anda.
Menerusi CD tersebut, beliau akan menunjukkan
1. Bagaimana membuat kek.
2. Bagaimana membuat krim icing.
3. Mewarna Krim.
4. Membuat dekorasi.
Dan banyak lagi. Ia memang satu panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes
cupcake dari rumah secara part time.
Dapatkan segera! Klik sahaja link dibawah ini.
BUAT CUPCAKE
Semoga ia memberi manfaat kepada anda.
ok Salam Sayang Dari Saya MARINA MAASAN...............
OOoopppsss KALAU NAK BUAT COKLAT PULAK????......HEHHEeeeeee....

apa lagi TERJAH SINI nanti taulah Puan Shida tu explainkan.....
saya TUKANG PROMOTE JE
Puan Shida tag facebook kakak saya Noorashikin Maasan.....hehhehhhehee...
bolehla singgah kat facebook kakakku.....Noorashikin Maasan.....dia ni suka buat benda benda gini.....
KALAU NAK... BELI.....KALAU TAK NAK....TENGOK JER..

Tahukah Anda Kebanyakan Perniagaan Cupcake Di Rumah Sangat Lumayan?
Kenapa ya? Sudah tentu.
1. Anda tidak perlu membayar sewa kedai.
2. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
3. Anda tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
4. Dengan Internet, anda boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
5. Setiap bulan pasti ada orang yang melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan.
Ini adalah antara sebab perniagaan cupcake sangat lumayan. Dan sesiapa sahaja boleh melakukannya walaupun tanpa pengalama perniagaan.
Anda tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia
langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.
Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah
-----------------------------------

Puan Shida merupakan seorang usahawan surirumah. Dengan bermula secara kecil kecilan,
perniagaan beliau kini mula dikenali di sekitar
Kuala Kangsar dan seluruh Malaysia.
Beliau mendedahkan bagaimanakah untuk memulakan
bisnes Cupcake dari rumah berdasarkan pengalaman beliau.
Beliau menjana pandapatan sehingga 4 ANGKA menerusi perniagaan cupcake dari rumah ini.
Anda boleh mendapatkan CD Panduan ini menerusi
LAMAN WEB INI
Ia boleh mempercepatkan proses pembelajaran anda.
Menerusi CD tersebut, beliau akan menunjukkan
1. Bagaimana membuat kek.
2. Bagaimana membuat krim icing.
3. Mewarna Krim.
4. Membuat dekorasi.
Dan banyak lagi. Ia memang satu panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes
cupcake dari rumah secara part time.
Dapatkan segera! Klik sahaja link dibawah ini.
BUAT CUPCAKE
Semoga ia memberi manfaat kepada anda.
ok Salam Sayang Dari Saya MARINA MAASAN...............
OOoopppsss KALAU NAK BUAT COKLAT PULAK????......HEHHEeeeeee....

apa lagi TERJAH SINI nanti taulah Puan Shida tu explainkan.....
saya TUKANG PROMOTE JE
Puan Shida tag facebook kakak saya Noorashikin Maasan.....hehhehhhehee...
bolehla singgah kat facebook kakakku.....Noorashikin Maasan.....dia ni suka buat benda benda gini.....
| Reactions: |
HEBAH & MENANG!
| Reactions: |
Tuesday, 17 April 2012
KISAH KERUSI KISAH KAKI
mmmm...biasa kan nampak waiting chair macam nih...macam-macam kaler ada...slalunya daripada plastik....then cepat tertanggal...nak duduk pun kena hati-hati sikit....
hmmm....tak pernah saya nak post or share cerita yang kekadang buat saya senyum sendiri or gelak dalam hati bila ternampak kerusi macam nih..
ok nak cerita ya....bukan pasal saya jatuh terduduk or pasal kerusi tu tertanggal..jauh sekali pasal tak dapat tempat duduk or berebut tempat duduk.....or tertidur macam nih
atau macam nih
ok saya start cite ye....
alkisah maka tersebutlah kisah....hehhhee
crita ni dah lama dah.....masa tu arwah abah saya menerima rawatan berkaitan urology di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru .
Arwah masuk wad....yang temankan arwah ,mak saya yang tercinta...waktu melawat terhadkan...jadi banyak habiskan masa dok kat kerusi macam tu....
Biasalah orang ramai...kekadang lenguh gak kaki bila asik berdiri je kan....
suasana begini biasa kat hospital besar kan
nak dijadikan cerita....adalah tempat duduk kosong...
macam biasalah duduk....mmmm tapi sebelum tu beli jajan n majalah mastika dulu.....
heehee..promote MASTIKA APRIL 2012...
Kebiasaannya saya akan membuka sandal or kasut saya apabila duduk di kerusi..habit juga ni..rasa selesa....nyaman gitu....
Sambil-sambil baca Mastika, makan jajan....kaki ku akan berhayun-hayun ikut rasa selesa.
Sehinggalah saya berhenti dan memijak objek di bawah kerusi itu..alah..macam palang besi kat bawah kerusi tu..rasa sejuk sekali..mmm..nyaman....baca lagi Mastika sambil menjajan..hayun lagi kaki..pijak lagi...kali ni lama juga ku memijak....biasalah...dah namanya pijak..pastu tetiba rasa bergerak-gerak..aiikk besi ni bergerak ke....ku pun tunduk....
Ya Rabbi....kaki!!!!!Kaki orang....
hahhaha....ku pijak kaki orang.....
TERUS BANGUN>>>>>>cuba gak toleh ....apek tu sengih jer.....
adusss......malunyer.......
| Reactions: |
KOSONG KOSONG 0-0
| Reactions: |
Sunday, 15 April 2012
KEK YANG CANTIK
Click Here!
mmmmm sedapkan makan kek.....lagi berselera kalau kek tu cantik tapi sayang nak makan....hehehe...nak belajar decorate cake...bolehlah singgah sini...klik sini!.
mmmmm sedapkan makan kek.....lagi berselera kalau kek tu cantik tapi sayang nak makan....hehehe...nak belajar decorate cake...bolehlah singgah sini...klik sini!.
| Reactions: |
Wednesday, 11 April 2012
TERSUNGKUR PULAK....ADUSS SAKITNYA.....
Lari..lari...laju...laju..sampai je kat garisan penamat...tersungkur pulak..adusss sakitnya..
ok mari kita lihat aksi mamat tersungkur ni untuk cover malunya..
apa yang penting....
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!
OK KEPADA ATLIT DI LUAR SANA...GUNAKAN KAEDAH NI YE BILA TERSUNGKUR DI TRACK....
BILA YE KEJOHANAN SUKAN SMVBP?
yang ni tahun lepas punya 2011...mmmm ramai yang tersungkur.....hehhee...tq Cikgu Jamal upload video.
| Reactions: |
TAK NAK MASUK NERAKA
Diriwayatkan pada satu hari, Isteri Rasulullah SAW yakni Saidatina Aisyah ingin mengetahui mengapa Baginda bersabda bahawa ramai wanita, terutama yang bergelar isteri menjadi penghuni neraka. Baginda kemudiannya bersabda:
Ada wanita yang tidak sabar menghadapi kesusahan, kesakitan, dan dugaan seperti kesakitan melahirkan anak, melayan suami, dan melakukan kerja rumah.
Ada isteri yang tidak memuji dan tidak bersyukur di atas kemurahan Allah SWT yang didatangkan melalui suaminya hingga ada isteri tidak berterima kasih di atas apa juga pemberian suaminya.
Ada wanita ingkar terhadap nikmat Allah SWT, Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran, ada isteri yang mengatakan: “Sudah 10 tahun saya berkahwin dengan awak, tetapi tidak ada apa-apa pun”.
Ada isteri suka bercakap perkara yang sia-sia, seperti mengumpat dan bercakap mengenai hiasan dan perabot rumah.
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuan dalam agama yang menyebabkan mereka sering terpedaya dengan pujuk rayu lelaki, rakan, jiran, dan terpengaruh dengan kemewahan duniawi.
Isteri yang boleh mencium bau syurga ialah yang patuh kepada suami sama ada didalam keadaan susah atau senang (kecuali yang ditegah agama).
Isteri yang berhias diri untuk suami, menambah ilmu agama, sentiasa menjaga diri, dan rumah tangga, selain selalu melakukan sesuatu yang menyenangkan hati suami adalah amalan yang baik yang dituntut agama.
Kesimpulannya sebagai seorang wanita atau pun seorang isteri seharusnya kita berbanyak bersyukur dengan apa yang ditakdirkn serta menjaga amal serta niat dihatinya agar tidak menjadi ahli neraka.Naudzubillah min dzalik...pesan untuk diri,InsyaALLAH.
copy paste...Sila share...
| Reactions: |
Subscribe to:
Posts (Atom)






.gif)








